Sunday, July 1, 2012

Matinya Seorang Pahlawan

Dia seorang anak muda yang sanggup memikul senjata untuk membebaskan Patani daripada cengkaman Siam. Beliau telah gugur syahid dalam pertempuran. Seperti biasa orang gugur syahid tidak dimandikan.

Tetapi pihak tentera Siam berkeras mahu dimandikan. Ibu simati menolak permintaan pihak tentera Siam.Pihak tentera Siam bertindak balas dengan menangkap dua anak lelaki Si Ibu itu lalu penjarakan. Tidak puas hati dengan menangkap dua orang adik-beradik itu,selang tidak berapa hari ditangkap pula adik yang berusia 14 tahun dan dipenjarakan. Adik ini kemudiannya dibebaskan.

Tapi nasib dua orang abangnya belum diketahui.Biasanya pihak Siam memberikan layanan yang buruk terhadap keluarga pejuang pembebasan. Biasanya mereka didera,disiksa dengan segala cara yang ada. Banyak yang mati akibat penyeksaan pihak Thai Buddha ini. Ada yang dibebaskan tetapi apabila keluar daripada penjara disambut dengan kesan yang penuh mengerikan!

No comments:

Post a Comment